Posts

Showing posts from February, 2026

PAKAIAN TRADISIONAL DAN PERHIASAN DIRI

  1. Sejarah dan Perkembangan Pakaian Tradisional Pakaian tradisional di Malaysia bukan sekadar penutup badan, tetapi merupakan simbol status, identiti kaum, dan kepercayaan. Sejarahnya bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, di mana pengaruh pedagang dari China, India, dan Arab mula meresap ke dalam gaya berpakaian masyarakat setempat. Seiring peredaran zaman, pakaian ini mengalami evolusi dari segi potongan, pemilihan fabrik, dan cara pemakaian, namun tetap mengekalkan ciri khas yang melambangkan kehalusan seni kraf tangan tempatan. 2. Pakaian Tradisional Mengikut Kaum A. Kaum Melayu Pakaian tradisional Melayu menekankan konsep kesopanan dan kesesuaian dengan iklim khatulistiwa. Lelaki:  Identik dengan  Baju Melayu  (cekak musang atau teluk belanga). Ia dipadankan dengan  samping  (kain songket atau sarung) dan  songkok . Wanita:  Terkenal dengan  Baju Kurung  (teluk belanga, cekak musang, atau Kedah) dan  Baju Kebaya ....

INOVASI MIX AND MATCH : PAKAIAN TRADISIONAL

Image
  SINOPSIS INOVASI :       Pendigital adalah proses mengubah informasi atau data dari format analog menjadi format digital menggunakan teknologi komputer atau perangkat digital lainnya. Pengkaji telah memilih Pakaian Tradisional dan Perhiasan Diri sebagai topik fokus untuk Tingkatan 3A1 sebagai responden. Pelajar perlu memilih baju yang bersesuaian dengan tema yang telah diberikan dengan kaedah Pilih dan Padankan. PENGENALAN :             Pengkaji mendapati pelajar 3A1 kurang kefahaman berkenaan dengan pemakaian tradisi oleh kaum lain. Oleh itu pengkaji membuat inovasi dimana memberi pendedahan kepada pelajar disamping membuat aktiviti yang mudah diakses di rumah sebagai intervensi waktu cuti penggal persekolahan.       Inovasi ini merupakan penambahbaikan kaedah pembelajaran yang telah ada kepada pendigitalan. Perbezaan yang di tengah semasa proses pilih dan pad...