Tg Malim (UPSI) ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) guna ETS / KTM / Bus

okay coretan kalini saya nak bagitahu macam-mana naik kenderaan awam dari Tg Malim ke TBS. Ada 3 cara yang pernah saya cuba. kalau ada cara lain sila komen ye kat bawah. Terima Kasih
1)  ETS train. Platform 1 Harga  RM 21 . Boleh tempah tiket di Kaunter KTM atau beli online di https://eticket.ktmb.com.my/eticket. Perjalanan 1 jam 45 minit
 
Untuk ETS akan terus lah ke destinasi anda dengan 8 stop sepanjang perjalanan dari Stesen Tg Malim ke Stesen Bandar Tasik Selatan. Kebiasaannya  di Stesen Tg Malim masa train sampai adalah pukul 10.15 pagi dan 8.15 malam. Kena sampai 30 minit lebih awal.

2)  Komuter Tg Malim terus ke TBS / transit KL Sentral terus ke TBS. Platform 2 Harga RM 11.50 . Boleh beli tiket di kaunter KTM atau guna Card TouchnGo. Perjalanan 2 jam 15 minit
 
Untuk komuter KTM  inshaAllah ada je bila-bila. Cuma masa dia tak tentu. kena tanya kaunter KTM *Penting Naik Train menghala ke SUNGAI GADUT / SEREMBAN / REMBAU / TAMPIN / PULAU SEBANG. (tak payah transit terus turun KTM Bandar Tasik Selatan) tapi kalau tak dapat train menghala ke stesen atas tadi, dari KTM Tg Malim naik je komuter menghala ke Pelabuhan Klang / KL Sentral / sebab transit dekat KL Sentral. pastu dekat KL Sentral ada je stesen yang diatas tu.

3)  Terminal Bus Tg Malim ke Pudu Sentral Transit LRT Bandar Tasik Selatan RM 10 . Boleh beli tiket bus dekat kaunter bus TM-KL cash only. Perjalanan 1 jam 45 minit
 
Untuk ni saya selalu guna sebab jimat masa dan wang. Tiket bus ke KL juga setiap 30 minit ada. Pergi Terminal Bus Tg Malim. Beli tiket bus ke KL (RM 8) sampai dekat  Pudu Sentral platform 10 naik tangga cari signboard LRT. pastu ikut signboard tu sampai masuk LRT Plaza Rakyat pergi Platform 2.
*Penting Naik LRT ke Putra Height selepas 7 stesen sampai TBS

Comments

Popular posts from this blog

Seni Catan dan Seni Digital Part 1

Nota Ringkas PSV Tingkatan 1