Posts

Showing posts from October, 2019

Tg Malim (UPSI) ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) guna ETS / KTM / Bus

Image
okay coretan kalini saya nak bagitahu macam-mana naik kenderaan awam dari Tg Malim ke TBS. Ada 3 cara yang pernah saya cuba. kalau ada cara lain sila komen ye kat bawah. Terima Kasih 1)  ETS train. Platform 1 Harga  RM 21 . Boleh tempah tiket di Kaunter KTM atau beli online di  https://eticket.ktmb.com.my/eticket . Perjalanan 1 jam 45 minit   Untuk ETS akan terus lah ke destinasi anda dengan 8 stop sepanjang perjalanan dari Stesen Tg Malim ke Stesen Bandar Tasik Selatan. Kebiasaannya  di Stesen Tg Malim masa train sampai adalah pukul 10.15 pagi dan 8.15 malam. Kena sampai 30 minit lebih awal. 2)  Komuter Tg Malim terus ke TBS / transit KL Sentral terus ke TBS. Platform 2 Harga RM 11.50 . Boleh beli tiket di kaunter KTM atau guna Card TouchnGo. Perjalanan 2 jam 15 minit   Untuk komuter KTM  inshaAllah ada je bila-bila. Cuma masa dia tak tentu. kena tanya kaunter KTM *Penting Naik Train menghala ke SUNGAI GADUT / SEREMBAN / REMBAU / TAMPIN / PULAU SEBANG. (tak payah transit

AT 47 | Ijazah Sarjana Muda Dengan Pendidikan | Teknologi Reka Bentuk Berkomputer

Image
Assalamualaikum, tanpa dipanjang-panjangkan, kita terus direct lah ye apa itu Teknologi Reka Bentuk Berkomputer atau dalam Bahasa English nya Computer Aided Design . Aku merujuk pengalaman aku mengambil pengajian tersebut di UPSI, Tanjung Malim. Jadi itu kira batas kajian lah, luar dari UPSI  yang telah menawarkan CAD ni diluar pengalaman saya. Senang nak describe Teknologi Reka Bentuk ni adalah kau design barang/produk dengan menggunakan software seperti AutoCAD / Sketchup / Inventor di dalam komputer. Jadi kau kalau dapat tawaran dan minat untuk meneruskan bidang berkenaan, first anda mestilah mempunyai Komputer yang agak kuat lah nak support software-software berkenaan sebab ia agak berat dan memerlukan rendering. Kalau guna laptop yang dulu-dulu dapat free 1Malaysia tu tak leh support. So dapat duit PTPTN digalakkan beli. TAPI di UPSI, kemudahan untuk pelajar ada disediakan di dalam makmal/lab. Cukup untuk 30-40 orang pelajar satu makmal. Jadi pelajar boleh menggunak

Power Point RBT Tingkatan 1 Bab 1 Teknologi Reka Bentuk

Image
Assalamualaikum, di sini saya lampirkan powerpoint untuk RBT tingkatan 1, Bab 1 Teknologi Reka Bentuk. Harap dapat memberi manfaat kepada guru-guru diluar sana. kena buka menggunakan power point ye, sebab kalau tak download isi dia banyak tak keluar https://docs.google.com/presentation/d/1BGE2grKNZZFLIHLWwHpB2P1qHNe3N_zk/edit#slide=id.p1