Seni Catan dan Seni Digital Part 1
Pada abad yang ke 20 ini, kita sering kali lihat pertukaran serta perkembangan teknologi yang dapat membantu kerja-kerja seharian kita. Hal ini boleh dilihat dalam konteks komunikasi. Dahulu, kita hanya boleh hantar kod, digunakan masa perang. lepastu berubah kepada hantar text, dan bertukar kepada suara dan maju kedepan sekarang dan boleh buat video call. Dalam bidang seni juga tidak ketinggalan. perubahan juga turut terdapat dalam melaksanakan seni catan.
Catan cat minyak atau seni halus pada dasarnya ialah satu seni dimana pelukis akan melukis sesuatu motif menggunakan sesuatu media ke atas permukaan kanvas. kita dapat lihat banyak lukisan-lukisan yang telah dilukis daripada zaman pra sejarah hinggalah ke zaman moden. Antara pelukis seni catan yang terkenal di Malaysia ialah Syed Ahmad Jamal, Abdul Latif Mohidin dan ramai lagi. Ramai juga pelukis-pelukis baru yang kian giat mencipta nama dalam industri catan di Malaysia. Tetapi di dalam era permodenan, masih relevankah lagi seni catan di Malaysia?
Seni digital ialah sesuatu lukisan yang dilukis menggunakan sesuatu peranti (software) dan dipamerkan di media sosial ataupun dicetak. Banyak karya-karya yang lahir menggunakan seni digital ini seiring dengan perkembangan teknologi. Instagram merupakan media dimana pelukis-pelukis seni digital mempamerkan seni mereka dan mencipta nama di Malaysia malah di peringkat antarabangsa. Motif seni digital sama seperti seni catan ia terpulang kepada pelukis untuk melahirkan dalam bentuk abstrak, semi abstrak ataupun realistik. Malah ada pelukis seni catan cat minyak yang beralih media daripada cat minyak kepada seni digital. Seni digital juga mendapat sambutan yang amat baik di semua peringkat. Jadi adakah seni digital merupakan penanda aras baru seni catan negara?
Comments
Post a Comment