Seni Catan dan Seni Digital Part 2
Ramai yang akan tertanya-tanya apa beza Seni Catan dan Seni Digital. Adakah kedua-dua seni ini dianggap sebagai seni. Adakah seni ini mendapat sambutan baik di Malaysia dan peringkat antarabangsa? Apakah bahan yang digunakan untuk membuat seni tersebut? Siapakah yang boleh membuat seni tersebut dan banyak lagi persoalan. Di sini saya akan cuba membahas tentang perbezaan Seni Catan dan Seni Digital.
Banyak diantara kita tidak sedar pada abad ke 20 ini, Seni Digital semakin mempelopori seni halus tanah air. Hal ini dapat dibuktikan pada ruang carian di media-media sosial yang popular seperti Instagram, Facebook, Twitter dan lain-lain menunjukkan carian/view/like lebih diberikan kepada seni digital. Malah di ruangan Explore banyak menunjukkan seni digital yang dibuat oleh pengguna instagram di seluruh dunia. Kenapa kita menjurus untuk lebih minat untuk melihat karya seni digital?
Seni digital boleh dilakar dalam motif abstrak, semi abstrak dan realisme. Seni digital ini menggunakan software dan komputer/handphone. Rata-rata rakyat Malaysia mempunyai smartphone. Sesiapa sahaja boleh membuat seni digital dan audien untuk seni digital amat luas. Nilai sesuatu karya akan naik bila ada audien yang ramai, tengok sahaja lukisan Mona Lisa, makin banyak kritikan dan makin meningkat nilai karya tersebut walaupun pelukisnya sudah tiada.
Terdapat banyak sebab kenapa seni digital menjadi fenomena. kalau kita lihat kebanyakkan karya seni digital lebih kemas. Setiap garisan dan tekstur terlihat tersusun dan terkawal. Pancaran cahaya yang digunakan dalam karya boleh menjadi realistik ataupun fantasi. Warna-warna yang digunakan dalam karya seni digital juga amat menarik. Warna-warna yang tampak segar dan menonjol sesuai dipamerkan di skin-skrin peranti. Seni Digital ini juga banyak variasi dan cepat dihasilkan. Audien tak akan pernah jemu setiap kali seni digital dihasilkan kerana pengkarya seni digital kebiasaannya lebih bersifat bebas. Tidak terpengaruh kepada satu motif sahaja. Sekarang, apa sahaja boleh dijadikan ilham dalam berkarya. kebiasaannya durasi untuk pengkarya menghasilkan seni digital ini tidak lebih dari 2 hari. Antara pengkarya seni digital yang terkenal sekarang ialah beeple. Beliau telah mempamerkan karya beliau di Instagram pada setiap hari selama 12 tahun. Beliau tidak pernah terlepas menghantar karya beliau selepas jam 12. sekarang Follower Instagram beliau telah telah mencapai 1.3M dan 2164 karya. Namun ada karya yang telah dipadam kerana melanggar sensitiviti dan peraturan yang telah ditetapkan oleh instagram.
Comments
Post a Comment