PENGENALAN SENI VISUAL PENGGAL 1, PENGGAL 2 DAN PENGGAL 3
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA , CIKGU UCAPKAN. SO HARINI KITA MASIH LAGI DILANDA WABAK COVID 19, DAN CIKGU MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK PESAN KAT KAMU SEMUA, JANGAN LUPA SENTIASA JAGA KEBERSIHAN DAN SELALU MEMAKAI PELITUP MUKA.
DAN OLEH SEBAB COVID JUGA. CIKGU MENGAMBIL INISIATIF INI. DIMANA CIKGU AKAN MENYEDIAKAN VIDEO2 PEMBELAJARAN SEPERTI INI AGAR MURID2 SEMUA DAPAT BELAJAR DI RUMAH. SO MARI KITA MULAKAN
UNTUK HARINI CIKGU NAK EXPLAIN PASAL FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PELAJAR STPM ATAU FORM 6 SENI VISUAL YANG KAMU AKAN HADAPI NANTI. BAIKLAH, SEMESTER KAMU TERBAHAGI KEPADA 3 PENGGAL IAITU PENGGAL PERTAMA, KEDUA DAN KETIGA.
JADI CIKGU EXPLAIN DULU PENGGAL ATAU SEMESTER PERTAMA TU APA DIA. APA YANG KAMU AKAN BELAJAR SEPANJANG PENGGAL SATU.
SENI VISUAL KERTAS SATU ATAU APRESIASI SENI VISUAL ADALAH KOD DAN NAMA KERTAS YANG AKAN KAMU DUDUKI MASA PEPERIKSAAN PENGGAL PERTAMA. SENANG CAKAP NI ADALAH SEMESTER DIMANA KAMU AKAN MEMBACA DAN MENGHAFAL SEJARAH- SEJARAH SENI, TEORI CARA LUKISAN DAN MACAM2 LAGI CIKGU AKAN EXPLAIN MENGIKUT BAB.
SO NAK DIJADIKAN CERITA DALAM PEPERIKSAAN BERTULIS PENGGAL 1 INI KAMU AKAN DAPAT 3 BAHAGIAN. BAHAGIAN A B DAN C. BAHAGIAN A ADALAH SAMA SEPERTI KERTAS2 PEPERIKSAAN YANG LAIN. SOALAN BERSTRUKTUR MANAKALA BAHAGIAN B DAN C ADALAH SOALAN ESEI. BEZA BAHAGIAN B DAN C ADALAH, BAHAGIAN B AKAN LEBIH CENDERUNG KEPADA TEORI SAMA MACAM SOALAN STRUKTUR SO KORANG KENA JAWAB BERDASARKAN FAKTA, DAN BAHAGIAN C PULA LEBIH KEPADA KEFAHAMAN KORANG TERHADAP HASIL KARYA TERSEBUT. SENANG CAKAP KORANG KOMEN LAH APA YANG ADA PADA LUKISAN TU, TAPI KOMEN2 YANG BERDASARKAN ILMIAH YE. JANGAN PELIK MASUKKAN TEORI MATEMATIK PULAK TAK KENA.
MASA MENJAWAB 2 JAM. YE SEKEJAP JE. KORANG BELAJAR SATU PENGGAL LEBIH KURANG 4-5 BULAN, JAWAB SEKEJAP JE. YE TAPI KORANG KENA INGAT, PENGGAL 1 LAH YANG PALING BANYAK MARKAH KALAU DIBANDINGKAN OLEH PENGGAL 2 DAN 3. SO FOKUS BETUL2 TRY PERAH OTAK.
TAK PE CIKGU GUIDE SIKIT2 INSHALLAH BOLEH TU
“CIKGU KATA KELAS LUKISAN TAPI TAK DA LUKIS2 PUN”
EH ADA, KAMU AKAN START LUKIS PADA PENGGAL KE2. DI MASA INI KORANG AKAN DIBERI TUGASAN SETIAP MINGGU OLEH GURU2 KAMU UNTUK MELUKIS, MEWARNA DAN ADA BANYAK TEKNIK2 YANG KAMU AKAN TEROKAI PADA WAKTU NI. SESIAPA YANG DAH PANDAI LUKIS TU ALHAMDULILLAH BOLLEH LAH AJAR KAWAN2 CAMNA KORANG MELUKIS, PADA YANG TAK PANDAI MELUKIS JANGAN RISAU, KORANG BOLEH JE MELUKIS, NAK LUKIS MUKA SITI NORHALIZA TIBA2 JADI RUPADA DATO VIDA PUN BOLEH ASALKAN KORANG TRY. OKAY PEPERIKSAAN BAGI PENGGAL DUA PUN MELIBATKAN LUKISAN. KORANG AKAN DIBERI SITUASI, MACAM LUKISKAN SEBUAH BAWANG YANG MEMPUNYAI SIFAT GEMBIRA SEDIH DAN MARAH. TIBER KAN. TAPI MEMANG TU LAH RIALITI. SO MENGIKUT KEFAHAM DAN KEKREATIFAN KORANG SILALAH, BERIMIGINASI DAN SALURKANLAH IDEA ITU KE TANGAN LALU KE LUKISAN. MASA YANG DIBERI DALAH 3 JAM.
DAN KITA DAH SAMPAI DI PENGGAL KE 3, DIMANA ACAH2 KORANG NI SENIOR DAN FINAL YEAR STUDENT. GITUH. PENGGAL KE 3 NI PADA CIKGU YANG PALING BEST SEBAB DIA MELIBATKAN KERJA KHUSUS. KORANG ADA MASA 4-5 BULAN UNTUK SIAPKAN BUKU FOLIO ATAU RECORD DAN JUGA KARYA AKHIR. DISINI KORANG AKAN DAPAT JUMPA SIAPA KAWAN SIAPA LAWAN, HAHAHA TAK DELAH CIKGU GURAU JE, JANGAN RISAU SENI NI BETUL ORANG KAT LUAR CAKAP SENANG JE. TAPI YANG ORANG LUAR TAK TAHU SENI NI KENA RAJIN.INSHALLAH.
HARAP KORANG FAHAM LAH YE APA YANG KORANG AKAN HADAPI KALAU KORANG NAK AMBIL KERTAS SENI VISUAL STPM NI. KALAU TAK FAHAM BOLEH TANYA DEKA CIKGU JANGAN MALU2. JADI KALAU BERMINAT KITA JUMPA PADA VIDEO AKAN DATANG DIMANA CIKGU AKAN EXPLAIN DENGAN LEBIH DETAIL APA YANG KORANG AKAN BELAJAR PENGGAL 1, ASSALAMUALAIKUM.
Comments
Post a Comment