PENGERTIAN SENI VISUAL / MAKSUD SENI VISUAL / DEFINISI SENI VISUAL

click sini untuk rehatkan minda

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJATERA, BERJUMPA KITA KEMBALI DALAM VIDEO KALI NI. HARAP SEMUA SIHAT-SIHAT DAN JANGAN SELALU KELUAR RUMAH KECUALI ADA HAL-HAL YANG PENTING. OKAY?



SO UNTUK VIDEO KALI INI CIKGU AKAN MENERANGKAN PENGERTIAN SENI VISUAL.

OKAY OBJEKTIF KITA DALAM PEMBELAJARAN KALI INI MELIBATKAN 4 TOPIK. YANG PERTAMA CIKGU AKAN MENERANGKAN APA ITU MAKSUD SENI, KEDUA APA ITU SENI VISUAL KERANA ADA MACAM2 PENDAPAT ADA YANG KATA SENI NI MAKSUD DIA LAIN TAPI BILA TAMBAH PERKATAAN VISUAL JADIKAN SENI VISUAL DIA JADI LAIN. TAK PE KITA TENGOK KEJAP LAGI. YANG KETIGA PULA CIKGU AKAN TERANGKAN PADA KAMU APA ITU APRESIASI DAN YANG TERAKHIR APA ITU ESTETIK.



MENGIKUT KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 1988, SENI MEMBAWA MAKSUD AMAT KECIL, HALUS. MACAM KUMAN KECIL HALUS KATANYA. TAPI MENGIKUT TOKOH TERKENAL ISLAM IBN KHALDUN, LAIN PULA BELIAU KATA, BELIAU KATA SENI ADALAH KEBENARAN, KEINDAHAN DAN KEBAIKAN DIMANA DI DALAMNYA ADA CIRI-CIRI ESTETIKA DAN LOGIKA. HAH APAKAH. SAYA TAK FAHAM CIKGU




OKAY MACAM NI APA YANG BELIAU CUBA SAMPAIKAN IALAH SENI ITU MACAM SESUATU KEBOLEHAN DALAM MENCIPTA/MEREKA SESUATU DENGAN MEMASUKKAN CIRI2 KECANTIKAN MACAM WARNA LAH, CORAK LAH DALAM SESUATU CIPTAAN MACAM KAIN, KERTAS. FAHAM ?




OKAY BAGAIMANA KITA NAK TAHU SENI ITU INDAH?



INI YANG AGAK KOMPLIKATED SEDIKIT SEBAB BAK KATA ORANG TUA-TUA TEPUK DADA TANYA SELERA. TAK IKUT CITA RASA JADI TAK CANTIK PADA MATA KITA. TAPI PARA ILMUAN SUDAH PUN MEMBERI SEDIKIT PENJELASAN UNTUK KITA SUPAYA KITA NI FAHAM LAH JUGA KENAPA TIBA-TIBA LUKISAN YANG KITA CAKAP TAK CANTIK TAPI PADA PAKAR ADA NILAINYA.


harga lukisan atas ni RM 44 juta tau

SO SENI YANG INDAH APABILA BERLAKU PENGAMATAN YANG DISALURKAN PADA LUKISAN ATAU KARYA SENI MENCERITAKAN PENGALAMAN PELUKIS/ KEMAHIRAN PELUKIS/ PENGETAHUAN PELUKIS DALAM MEMBUAT KARYA. SENANG CAKAP KALAU KORANG TANYA DIA KENAPA PILIH WARNA NI, DIA AKAN EXPLAIN PANJANG LEBAR ITU INI. GITEW



BAIKLAH SEKARANG KITA TENGOK PULA APA ITU SENI VISUAL. 




APA ITU VISUAL. VISUAL ITU ADALAH SESUATU YANG KITA BOLEH NAMPAK  ATAU DALAM BAHASA SENINYA TAMPAK. JADI APABILA DIGABUNGKAN SENI DAN VISUAL IA MEMBAWA MAKSUD SESEBUAH KARYA YANG BOLEH DILIHAT OLEH MATA MANUSIA SAMAADA DALAM BENTUK 2 DIMENSI ATAUPUN 3 DIMENSI YANG MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR SENI SEPERTI GARISAN,  WARNA, RUPA,BENTUK DAN RUANG. 



JADI KALAU KELUAR SOALAN APA ITU SENI VISUAL. JAWAPAN NYA SEPERTI YANG CIKGU CAKAP TADI MESTI ADA KEYWORD -BOLEH DILIHAT DAN BOLEH DINILAI OLEH MANUSIA. 




SO MACAM YANG CIKGU CAKAP TADI KARYA SENI BOLEH DIBAHAGIKAN KEPADA 2 IAITU KARYA 2D DAN KARYA 3D



CIKGU RASA KAMU SEMUA DAH CUKUP FAHAM APA MAKNA 2D DAN 3D TAPI CIKGU EXPLAIN LAGI APA MAKNA 2D DAN 3D KALAU IKUT BUKU



KITA MULA DENGAN BENTUK 2D



BENTUK 2D  HANYA BOLEH DILIHAT 180 DARJAH SAHAJA JADI KARYA YANG DIHASILAKAN HANYA BOLEH DILIHAT SAHAJA. BIASANYA KARYA 2D INI ADALAH CATAN, LUKISAN DAN CETAKAN. TAPI LUKISAN 2D JUGA BOLEH MEMBUAT LUKISAN NAMPAK SEPERTI LUKISAN 3D MACAM NI. IA BERMAIN DENGAN PRINSIP SENI IAITU RUANG. FAHAM KAN BUAT MASA NI?



OKAY UNTUK KARYA 3D  NI PULA, DAPAT DILIHAT 360 DARJAH. MAKNANYA SETIAP SUDUT KAMU DAPAT LIHAT BELAKANG DEPAN DAN BAWAH.SEMUA KAMU BOLEH LIHAT. KARYA 3D JUGA KAMU BOLEH RASA, PEGANG DIA, ANGKAT BALING. IKUT SUKA KAMU. CONTOH KARYA BERBENTUK 3 D INI IALAH ARCA, KRAF, TEMBIKAR, WELDING BESI DAN MACAM2 LAGI



KAMU BOLEH TENGOK RINGKASAN PEMBAHAGIAN JENIS2 KARYA MENGIKUT BENTUK 2D DAN 3D DALAM CARTA INI.



SETERUSNYA KITA AKAN PERGI KE SKOP KARYA SENI VISUAL.



SKOP PENGKARYAAN SENI VISUAL TERBAHAGI KEPADA 2 BAHAGIAN IAITU PENGKARYAAN DAN PEREKAAN



PENGKARYAAN INI LEBIH MEMENTINGKAN NILAI-NILAI KECANTIKAN DARIPADA FUNGSI. SELALUNYA PENGKARYAAN INI AKAN LEBIH CENDERUNG KEPADA LUKISAN, CATAN DAN SEBAGAINYA SEBAB DIA ADA MASA NAK BUAT DETAIL-DETAIL SEMUA TU. 




KALAU PEREKAAN PULA,  IA LEBIH MEMENTINGKAN FUNGSI TAPI MASIH NAK MENAMPAKKAN KECANTIKAN. SEBAGAI CONTOH KERETA, BERFUNGAI UNTUK DIPANDU TAPI TETAP NAK DESIGN MACAM2 ATAU  BAJU, BERFUNGSI UNTUK MANUSIA PAKAI TAPI STILL NAK BERFESYEN KAN




NAK LEBIH DETAIL LAGI NI ADALAH CARTA ALIR YANG BOLEH KAMU TENGOK PEMBAHAGIAN SKOP PENGHASILAN KARYA SENI VISUAL.




APRESIASI


TRY SEBUT DENGAN LANCAR APRESIASI, SUSAH NAK SEBUT TERSASUL KADANG2



KENAPA DENGAN APRESIASI?


APRESIASI INI ADALAH PENGHAYATAN DAN PENTAFSIRAN TERHADAP KARYA MELALUI 3 PENILAIAN IAITU KONTEKS, ASPEK FORMAL DAN SUBJEK.




OKAY FIRST MARI KITA TENGOK APA ITU SUBJEK


SUBJEK NI ADALAH TEMA ATAU ISI KANDUNGAN DALAM APA YANG DISAMPAIKAN OLEH PENGKARYA. SENANG CAKAP APA MOTIF UTAMA DIA DALAM MELUKIS CAMTU. KENAPA ? SO ADA SEBAB2 YANG BOLEH MENDORONG PENGKARYA UNTUK MELUKIS. ANTARANYA IALAH PENGALAMAN, KEAGAMAAN, KEPERCAYAAN, KEBUDAYAAN TEKNOLOGI DAN JUGA KEGUAAN.



APRESIASI ATAU PENGHAYATAN SENI JUGA KENA TENGOK ASPEK FORMAL. APA DEKAT KARYA ITU ADA DIMASUKKAN UNSUR-UNSUR SENI IAITU GARISAN, JALINAN, RUPA, BENTUK DAN WARNA. ATAUPUN PRINSIP SENI, KESEIMBANGAN, KADAR BANDING, PENEGASAN, PERGERAKAN, HARMONI ATAU KEPELBAGIAN. ADOO?



DAN AKHIR SEKALI KALAU NAK BUAT APRESIASI INI KENA TENGOK KANDUNGAN DAN KONTEKS. APAKAH MESEJ YANG INGIN PENGKARYA INGIN SAMPAIKAN ADAKAH IA BERTUJUAN UNTUK MEMBERI MESEJ KAT KITA ATAUPUN IA BERFUNGSI KEPADA KITA. 


OKAY CIKGU FAHAM KORANG DAH MULA SERABUT. KITA TENANGKAN FIKIRAN SEBENTAR DENGAN VIDEO INI


untuk tenangkan minda


OKAY DAH PUAS KITA TERUSKAN LAGI PEMBELAJARAN KITA DENGAN TOPIK SETERUSNYA IAITU ESTETIK. APA ITU ESTETIK





ESTETIK MERUPAKAN SESUATU PROSES PENGUASAAN BIDANG ILMU TERTENTU MENERUSI PENGAMATAN DERIA, SEPERTI MATA, TELINGA DAN JUGA RASA, MENGGABUNGKAN PENGALAMAN LANGSUNG DAN KEMAHIRAN INTELEK BERKAITAN BIDANG SENI


KALAU KAMU TENGOK DISINI DIA ADA CAKAP PENGALAMAN LANGSUNG, DERIA DAN KEMAHIRAN INTELEK, APA PULA MAKNA DEPA NI SEMUA


PENGALAMAN LANGSUNG IALAH PENGALAMAN YANG SECARA LANGSUNG. SENANG CAKAP CONTOH KAMU SEDANG MAIN TANAH LIAT. KAMU BUAT BENTUK APA YANG KAMU NAK. SO KAT SITU KAMU AKAN DAPAT PENGALAMAN LANGSUNG DIMANA KAMU SENDIRI AKAN BUAT DIA NAK BENTUK CAMNA FAHAM?


OKAY KITA TENGOK KEDERIAN PULA. PERNAH DENGAR SIX SENSE ATAU DERIA KE ENAM? YE DERIA JUGA ADA DERIA DALAMAN BUKAN SETAKAT DERIA LUARAN SAHAJA. SO KALAU KADANG2 KAMU TENGOK SESUATU KARYA ITU TIBA2 KAMU RASA MACAM TERSENTUH SEBAB APA YANG NAK DISAMPAIKAN. ITU MELIBATKAN EMOSI MAKNANYA DERIA DALAMAN. YANG MELIBATKAN SENTUHAN, MATA, DAN TELINGA ITU DERIA LUARAN.


UNTUK MENILAI ESTETIK JUGA KITA MEMERLUKAN KEMAHIRAN INTELEK, KEMAHIRAN INTELEK INI IALAH MACAM SEKARANG. KAMU SEDANG BELAJAR MENDAPATKAN ILMU MELIBATKAN SENI. ADA JUGA YANG MELAKUKAN PELBAGAI KAJIAN UNTUK MEMPEROLEHI ILMU.


KITA LIHAT PULA KONSEP. KONSEP NI MACAM TEMA LAH SENANG CAKAP. APA CIRI-CIRI YANG ADA DALAM SESEBUAH KARYA ITU YANG KITA BOLE TAHU APA KONSEP DIA. OKAY SEBAGAI CONTOH. APA BEZANYA RUMAH TRADISIONAL ORANG ASLI DENGAN RUMAH TRADISIONAL MELAYU. MESTI AKAN ADA PERBEZAAN DAN PERSAMAAN, SO ITU ADALAH KONSEP PADA KARYA MASING2.


DAN AKHIR SEKALI KITA TENGOK FALSAFAH. YANG PALING BERAT SEKALI KAMU NAK INGAT. KALAU DAH KATANYA FALSAFAH MESTILAH MELIBATKAN ILMU-LIMU PENGETAHUAN DAN PENYELIDIKAN . IMU FALSAFAH DALAM SENI MELIBATKAN PERBINCANGAN, ANALISIS DAN KUPASAN KARYA KENAPA DIA PILIH BEGINI, BEGITU.


JADI ITU LAH DEFINISI BAGI SENI VISUAL SECARA DETAIL


KITA REWIND BALIK SECARA RINGKAS NYA,





MAKSUD SENI VISUAL MERUPAKAN KARYA YANG DIHASILKAN OLEH MANUSIA YANG MEMPUNYAI NILAI-NILAI KEINDAHAN DAN KECANTIKAN


KITA DAPAT MELAHIRKAN IMEJ DALAM SENI TAMPAK MENERUSI IDEA, PERASAAN DAN PENGALAMAN YANG KITA DAPAT MELALUI KEHIDUPAN DAN PERSEKITARAN


APRESIASI MERUPAKAN PROSES MEMBUAT PENILAIAN TERHADAP SESUATU KARYA DENGAN MELIHAT SUBJEK, PENGOLAHAN ASPEK FORMAL, KANDUNGAN DAN KONTEKS KARYA


KARYA SENI VISUAL TERBAHAGI KEPADA 2 IAITU SENI 2D DAN SENI 3D


SKOP PENGHASILAN SENI VISUAL TERBAHAGI KEPADA 2 IAITU PENGKARYAAN DAN PEREKAAN


PENGKARYA MENGHASILKAN KARYA MELALUI PENGALAMAN ESTETIKA YANG DIMILIKI MELIBATKAN DERIA, PENGALAMAN LANGSUNG DAN KEMAHIRAN INTELEK


SO DENGAN INI HABISLAH BAB 1, APA-APA BOLEH TANYA YE NANTI CIKGU JAWAB. NI ADA SEDIKIT LATIHAN UNTUK KAMU REFRESH SIKIT. OKAY KITA JUMPA LAGI YE, INSHALLAH. ASSALAMUALAIKUM.



Comments

Popular posts from this blog

Seni Catan dan Seni Digital Part 1

Nota Ringkas PSV Tingkatan 1