Sebagai BUDAK SENI

"oh ambil seni, senang lah"            " nak jadi apa nanti ambil seni "

                                                    " budak seni biasanya kelas belakang "

 " kalau keputusan awak tak bagus, boleh ambil seni "

mesti ramai yang pernah mendengar petikan-petikan diatas. Kadang-kadang daripada ibu bapa, kadang-kadang daripada guru-guru di sekolah dan kadang-kadang daripada netizen-netizen sekeliling anda. Begini lah realiti apabila kita sebagai anak seni cuba untuk belajar dan mengejar minat kita. Memang tak disangkal, aliran sains memang sukar berbanding aliran seni.  Tambahan lagi dengan peluang-peluang yang ditawarkan kepada mereka jadi memang ramai yang memandang tinggi aliran tersebut. sejujurnya saya tidak kisah apa orang nak cakap. Bila kita dah masuk dalam aliran seni ni baru kita tahu best dan betapa praktikal nye kemahiran yang diperlukan. mesti ramai ingat seni ni just campak-campak warna ke kertas/kain. Dia tak tahu semua benda dalam dunia ni melibatkan seni. Handphone tu sendiri dah ada unsur seni, ada lagi animasi seni banyak lagi. Kita ambil contoh tokoh-tokoh sejarah seperti Nikola Tesla, Leardo DaVinci, Mimar Sinan, semua reti lukis. Tidak mengapa, masyarakat kita pun dah makin sedar tentang kebaikan dan kepentingan seni dalam kehidupan. Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk meneruskan perjalanan dalam aliran seni, teruskan.

contoh lukisan Leardo DaVinci

contoh lukisan Nikola Tesla




Comments

Popular posts from this blog

Seni Catan dan Seni Digital Part 1

Nota Ringkas PSV Tingkatan 1