AKTIVITI 1 : PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

TUJUAN :

  1. Menganalisis dan memanipulasi hasil eksperimentasi daripada dokumentasi perkembangan seni visual di Malaysia melalui penerokaan media, proses dan teknik dalam penghasilan karya.
  2. Menzahirkan idea secara kreatif dan inovatif hasil daripada eksperimentasi dan penerokaan dokumentasi perkembangan seni visual di Malaysia dalam penghasilan karya.
LANGKAH :
  1. Pilih satu sahaja karya tokoh terkenal. Murid- murid dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut kategori senI visual, iaitu seni halus, seni reka atau seni kraf.
  2. Apikasikan asas seni reka untuk. ketiga tiga kategori seni visual tersebut. Misalnya, imitasi terhadap karya tokoh terkenal menggunakan pelbagai media seperti pensel warna, krayon, cat air dan pastel.
  3. Berikut ialah contoh pendekatan imitasi seperti yang disarankan.

karya asal oleh Yong Mun Seng : Kampung Di Tepi Laut


contoh LUKISAN dalam bentuk draf :


LUKISAN yang telah diwarnakan :


Penilaian dibuat berdasarkan beberapa faktor, antaranya subjek yang perlu ada dalam lukisan, seperti Rumah Kayu, pokok kelapa, Latar belakang, dan sungai. Apabila kesemua subjek telah dilukis maka pelajar layak diberikan markah. Seterusnya lukisan hendaklah diwarnakan. Semakin banyak liputan warna pada kertas lukisan makin tinggi markah. Hilangkan warna putih pada kertas lukisan. Seterusnya lihat pada subjek lukisan, adakah pokok kelapa menjadi pokok kelapa? adakah dengan lukisan kita dapat mengenalpasti itu ada lah pokok kelapa. Atau pengunaan warna biru sebagai warna langit. Jika Ya, pelajar layak mendapat markah tinggi. Akhir sekali kita tengok kepada kekemasan warna dan teknik pelajar mewarna. Selamat menjawab dan mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

Seni Catan dan Seni Digital Part 1

Nota Ringkas PSV Tingkatan 1