PELAJAR HILANG MINAT BELAJAR. Salah siapa?

Sejak kebelakangan ini sering kali kita dengarkan di media sosial, akhbar harian kiriman-kiriman rakan yang pelajar sekarang tidak berminat untuk meneruskan pembelajaran di sekolah, mahupun di universiti. Benarkah dakwaan ini? Sejauh mana kebenaran berita ini? Saya telah membuat beberapa kajian responden di sekolah saya mengajar mendapati : 

YA, terdapat antara mereka yang tidak mahu meneruskan pembelajaran ke universiti dan kurang berminat terhadap pembelajaran di sekolah. Jadi saya mula tertanya-tanya apakah punca atau sebab mereka tidak berminat. Terdapat beberapa faktor pelajar kurang berminat.

Pertama, mereka sering terdedah dengan sebaran media sosial yang mengatakan '' tidak pandai pun boleh berjaya''. Saya setuju dengan kenyataan tersebut tetapi kenyataan tersebut juga boleh menimbulkan perspektif yang negatif. Jadi mereka beranggapan yang tanpa ilmu mereka boleh berjaya dengan melakukan perkara-perkara viral di media sosial.

Kedua, terdapat platform yang lebih mudah menjana duit daripada bersusah payah bekerja seperti TikTok Live, Google Adsense dan banyak lagi.

Ketiga, pelajar didapati terbeban dengan silibus yang diberikan. Silibus yang diberikan katanya mengandungi tahap pemikiran atau pencapaian yang terlalu tinggi menyebabkan pelajar sering kali gagal mencapai target dalam peperiksaan.

Keempat, pelajar kurang minat belajar kerana pendekatan di sekolah tidak seiring dengan peredaran zaman. Pelajar menyatakan mereka lebih suka belajar sewaktu  MCO dimana masa pembelajaran lebih fleksible. Sumber-sumber ilmu juga dapat dicari menggunakan banyak platform dan mempunyai pelbagai media penyampaian seperti video, audio dan permainan interaktif.

Kelima, pelajar sendiri tidak berminat belajar. Hal ini kerana mereka mengambil subjek yang bukan minat mereka atas desakan orang ketiga. Hal ini sering kali terjadi kerana mereka tidak mahu mengececwakan hasrat ibu bapa mereka. Jadi apabila sudah jadi begini mereka menjadi tidak faham tidak berminat untuk belajar.



Comments

Popular posts from this blog

Seni Catan dan Seni Digital Part 1

Nota Ringkas PSV Tingkatan 1