REFLEKSI PROGRAM TRANSFORMASI MINDA ( PTM ONLINE )

 Alhamdulillah, selesai sudah PTM sesi 2/2023. Kami diberikan kepada 10 kumpulan seramai 12 ahli. Jumlah keseluruhan peserta pada sesi ini ialah seramai 119 guru. Program ini diadakan selama seminggu dan bertempat di Google Classroom. Kami diberikan taklimat dan latihan  serta tugasan pada setiap slot. Slot terbahagi kepada 6 slot. Kehadiran perlu diisi secara online dan juga penilaian. Terdapat juga 4 tugasan yang perlu dihantar :

  1. Tugasan 1 - Jawab Soalan di Google Question
  2. Tugasan 2 - Cipta Peta Minda hantar menggunakan PDF
  3. Tugasan 3 - Tuliskan Esei
  4. Tugasan 4 - Pembuatan Video 
Selain itu, perserta diminta untuk menjawab 3 kuiz berkenaan pengetahuan Am, sebelum menghadiri PTM, semasa ber-PTM dan selepas ber-PTM. Semua tugasan dihantar melalui Google Classroom. Alhamdulillah Kumpulan saya, Kumpulan 4 telah menyiapkan semua tugasan dengan masa yang ditetapkan. Boleh tonton video dibawah



Comments

Popular posts from this blog

Seni Catan dan Seni Digital Part 1

Nota Ringkas PSV Tingkatan 1