Posts

Showing posts from April, 2023

Mural 3D SMALQ 2022

Image
Mural ialah karya seni atau lukisan besar yang dibuat pada dinding, siling atau permukaan kekal besar yang lain. Mural boleh dibuat menggunakan pelbagai media, termasuk cat, mozek, jubin dan unjuran digital. Mural boleh ditemui di banyak lokasi yang berbeza, termasuk ruang awam, sekolah, muzium dan kediaman persendirian. Ia boleh digunakan untuk bercerita, menyampaikan mesej atau sekadar menambah keindahan pada ruang. Mural mempunyai sejarah yang panjang, sejak zaman purba, dan telah digunakan untuk mendokumentasikan sejarah, menyatakan identiti budaya, dan mempromosikan mesej sosial dan politik. Berikut merupakan mural yang telah dibuat di sekolah saya mengajar pada tahun 2022.

AKTIVITI 1 : PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1

Image
TUJUAN : Menganalisis dan memanipulasi hasil eksperimentasi daripada dokumentasi perkembangan seni visual di Malaysia melalui penerokaan media, proses dan teknik dalam penghasilan karya. Menzahirkan idea secara kreatif dan inovatif hasil daripada eksperimentasi dan penerokaan dokumentasi perkembangan seni visual di Malaysia dalam penghasilan karya. LANGKAH : Pilih satu sahaja karya tokoh terkenal. Murid- murid dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut kategori senI visual, iaitu seni halus, seni reka atau seni kraf. Apikasikan asas seni reka untuk. ketiga tiga kategori seni visual tersebut. Misalnya, imitasi terhadap karya tokoh terkenal menggunakan pelbagai media seperti pensel warna, krayon, cat air dan pastel. Berikut ialah contoh pendekatan imitasi seperti yang disarankan. karya asal oleh Yong Mun Seng : Kampung Di Tepi Laut contoh LUKISAN dalam bentuk draf : LUKISAN yang telah diwarnakan : Penilaian dibuat berdasarkan beberapa faktor, antaranya subjek yang perlu ada dalam lukisan,

Nota Ringkas PSV Tingkatan 1

Image
Oleh kerana peperiksaan semakin hampir, didsini cikgu lampirkan nota ringkas yang kamu perlu ingat balik. Dalam nota ni hanya sekadar ringkasan. Semua contoh dan huraian kamu sendiri yang kena cari dan InshaAllah cikgu percaya semua telah faham tentang pembelajaran.  

Hasil Lukisan 2022

Image
 

PELAJAR HILANG MINAT BELAJAR. Salah siapa?

Image
Sejak kebelakangan ini sering kali kita dengarkan di media sosial, akhbar harian kiriman-kiriman rakan yang pelajar sekarang tidak berminat untuk meneruskan pembelajaran di sekolah, mahupun di universiti. Benarkah dakwaan ini? Sejauh mana kebenaran berita ini? Saya telah membuat beberapa kajian responden di sekolah saya mengajar mendapati :  YA, terdapat antara mereka yang tidak mahu meneruskan pembelajaran ke universiti dan kurang berminat terhadap pembelajaran di sekolah. Jadi saya mula tertanya-tanya apakah punca atau sebab mereka tidak berminat. Terdapat beberapa faktor pelajar kurang berminat. Pertama, mereka sering terdedah dengan sebaran media sosial yang mengatakan '' tidak pandai pun boleh berjaya''. Saya setuju dengan kenyataan tersebut tetapi kenyataan tersebut juga boleh menimbulkan perspektif yang negatif. Jadi mereka beranggapan yang tanpa ilmu mereka boleh berjaya dengan melakukan perkara-perkara viral di media sosial. Kedua, terdapat platform yang lebih

REFLEKSI PROGRAM TRANSFORMASI MINDA ( PTM ONLINE )

Image
 Alhamdulillah, selesai sudah PTM sesi 2/2023. Kami diberikan kepada 10 kumpulan seramai 12 ahli. Jumlah keseluruhan peserta pada sesi ini ialah seramai 119 guru. Program ini diadakan selama seminggu dan bertempat di Google Classroom. Kami diberikan taklimat dan latihan  serta tugasan pada setiap slot. Slot terbahagi kepada 6 slot. Kehadiran perlu diisi secara online dan juga penilaian. Terdapat juga 4 tugasan yang perlu dihantar : Tugasan 1 - Jawab Soalan di Google Question Tugasan 2 - Cipta Peta Minda hantar menggunakan PDF Tugasan 3 - Tuliskan Esei Tugasan 4 - Pembuatan Video  Selain itu, perserta diminta untuk menjawab 3 kuiz berkenaan pengetahuan Am, sebelum menghadiri PTM, semasa ber-PTM dan selepas ber-PTM. Semua tugasan dihantar melalui Google Classroom. Alhamdulillah Kumpulan saya, Kumpulan 4 telah menyiapkan semua tugasan dengan masa yang ditetapkan. Boleh tonton video dibawah

HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Image
Pada pengetahuan saya pada sehingga September 2021, hala tuju pembangunan pendidikan di Malaysia tertumpu kepada beberapa bidang utama, termasuk: Meningkatkan kualiti pendidikan: Kerajaan Malaysia komited untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini dengan memperkenalkan kaedah pengajaran baharu dan inovatif, meningkatkan penggunaan teknologi dalam bilik darjah, dan menambah baik kurikulum untuk memenuhi keperluan pelajar dengan lebih baik.